Monday, May 14, 2012

Selamat Tinggal Stiker P !


ASSALAMUALAIKUM
Salam angin sepoi sepoi bahasa dan salam penuh senyuman.

Actually nie entry lama tapi baru nak post. HAHA. 

Okayy, setelah berketar kepala lutut pergi test kereta dengan JPJ, selama dua tahun kena pakai stiker P dekat kereta bila nak drive dan walaupun bawak motor sekali aje lepas dapat lesen. Finally, the time arrived ! AKU DAH DAPAT LESEN BESAR . suka suka suka. 


 Gambar dekat lesen aku nie, aku guna gambar lama sebab haritu aku lupa nak bawak gambar baru. Pelik** muka tak pakai spec.  And one more thing, baru aku sedar, aku still guna alamat lama aku dekat johor. Nak buat camne , I/C aku guna alamat johor time dolu dolu.


Even aku dah lesen besar sekali pon, bukan aku berani nak drive. Sorry for myself. Setakat area shah alam boleh laaaa. Takpe,  satu hari nanti aku mesti boleh drive  dengan hebat punya tanpa mati enjin depan traffic light kalau bawak manual. *Sigh* 

Itu sahaja untuk kali nie, saje nak berkongsi kegembiraan dengan anda semua. SMILE

Wassalam

Monday, April 30, 2012

Sudah Hampir Lima Bulan


Assalamualaikum wbt.

salam sayang , salam perpaduan dan salam satu mei !

Jika lihat tajuk entry aku hari ini 'sudah hampir lima bulan'. kenapa lima bulan? apakah yang dimaksudkan lima bulan ? haha. Sebenarnya pada tanggal 11 mei 2012 ini nanti, maka genaplah cukuplah sudah lima bulan aku tidak mengepos atau mengupdate sebarang entry dalam blog ini.

Jari jemari aku ini seakan akan mengejang sewaktu aku mula untuk menulis . provokasi. mungkin. merajuk sebab aku sudah lama tidak menulis sebarang entry. dengan ini, aku isytiharkan bahawasanya aku bukanlah seorang blogger yang active seperti kalian. aku hanya menulis jika ada waktu kelapangan. jika tahap kemalasan aku tidak memuncak. insyaAllah, aku akan meringan ringankan tangan aku ini untuk mencoret sesuatu di dinding blog ini.


 selamat tinggal April , selamat datang Mei 

Di kesempatan ini juga, aku ingin mengucapkan selamat hari pekerja kepada emak aku di IPK Shah Alam, kakak aku yang bekerja sebagai guru tadika serta kepada seluruh penduduk dunia yang bergelar pekerja mahupun majikan. semoga tarikh 1 Mei ini menjadi tarikh keramat buat anda semua. so, enjoy lah holiday satu hari ini. tetapi kepada yang terpaksa bekerja, chill bro! income masyuk punya kan :)


 okay, cukup untuk kali ini. takde idea. happy holiday anda semua dan wassalam !